- Boleh melayari pihak Cawangan Tenaga Kerja – Sel C di talian 03-40131425/03-40131424 ATAU 011-65504585.
Sumber: Sel PSM/Kemaskini: 22.3.23
1. Pendaftaran atas talian akan dibuka apabila tarikh permohonan dibuka sahaja.
2. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di Facebook Tentera Darat Malaysia / https://jmt.mod.gov.my/index.php
Sumber: Sel PSM/Kemaskini: 22.3.23
1. Terdapat beberapa elaun yang terdapat dalam perkhidmatan seperti ; Elaun Sara Hidup, Elaun Khidmat. Bayaran Insentif Khas. Elaun Kepakaran. Elauan Imbuhan Perumahan dan Elaun Perjalanan.
2. Manakala kemudahan pula ialah ; Kemudahan pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer, Kemudahan Kediaman, Rawatan Perubatan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Insurans Kelompok Angkatan Tentera, Peluang melanjutkan/ menyambung pelajaran dan menyertai Misi Pengaman/ Latihan Luar Negara.
Sumber: Sel PSM/Kemaskini: 22.3.23
1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris serta Matematik DAN
2. Memiliki kelulusan Pengajian Tinggi - Lulus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas.
3. Bidang jurusan - Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) bidang/ jurusan berkaitan Pengajian Islam dari Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
4. Kelulusan dari Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang www2.mqa.gov.my/esisraf atau www2.mqa.gov.my/mqr
5. Untuk Sistem PNGK Universiti Luar Negara. Selain perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi, calon juga perlu mendapatkan pengesahan keputusan akadmeik di peringkat pengajian Ijazah pertama mengikut sistem PNGK UA di Malaysia.
Sumber: Sel PSM/Kemaskini: 22.3.23
1. Mempunyai ketinggian - minima lelaki 1.62 m dan minima wanita 1.57 m.
2. Mempunyai berat badan - minima lelaki 47.5 kg dan minima Wanita 45.0 kg.
3. Beza ukuran dada semasa pernafasan - 5 cm bagi lelaki dan 4 cm bagi wanita.
4. Memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) - lelaki dan wanita diantara 18.0 hingga 26.9.
Sumber: Sel PSM/Kemaskini: 22.3.23
Syarat asas permohonan ialah:
1. Seorang Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak melebihi 27 tahun pada akhir tahun semasa pengambilan dibuat.
3. Aspek Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
4. Aspek Pendengaran - Mempunyai tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
6. Taraf Kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tulang belakang bengkok, buasir, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
Sumber: Sel PSM/Kemaskini: 22.3.23