WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI 2022 - Perhimpunan Ketua Pengarah KAGAT Ke-8 telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Khalid bin Al-Walid, KEMENTAH dan berlangsung buat pertama kalinya bagi tahun 2022 dalam suasana kebiasaan baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dalam perhimpunan ini, Ketua Pengarah KAGAT telah menyampaikan beberapa pesanan buat seluruh warga KAGAT yang bertugas di Jabatan Arah KAGAT agar melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan serta mengamalkan nilai Sense of Ownership. Beliau juga menekankan empat perkara dalam melaksanakan tugas iaitu:

1. Tanamkan niat bekerja kerana Allah.
2. Berbuat baik dengan semua orang, sama ada yang di atas mahupun di bawah.
3. Jangan amalkan sikap mangadu domba.
4. Sentiasa berlapang dada dalam setiap perkara yang dihadapi.

Dalam perhimpunan tersebut, Ketua Pengarah KAGAT telah menyempurnakan pemakaian pangkat dua orang anggota iaitu Kpl Norazlina binti Mohd Riduan dinaikkan ke pangkat Pemangku Sjn dan Pbt Muhammad Syafi bin Ibrahim dinaikkan ke pangkat LKpl. Program diteruskan lagi dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pengarah Pengurusan Masjid, Kol Mohd Hamzah bin Adam. Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah KAGAT, Brig Jen Hj. Mohd Rashidi bin Bujai dan Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT yang lain.

Lihat Galeri Gambar