KUALA LUMPUR, 17 Mei 2022 – Membina Jambatan Ukhuwwah, Memperkasa Kolaborasi Dakwah, begitulah hasrat dan aspirasi kunjungan hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Yang Berbahagia Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yang Berbahagia Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff bertempat di pejabat Ketua Pengarah JAKIM pada hari ini.
Kunjungan hormat ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau setelah mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah KAGAT pada 25 Feb 22 yang lalu. Disamping membincangkan berkenaan kerjasama pembangunan dakwah di antara kedua buah organisasi, Ketua Pengarah KAGAT juga telah menzahirkan ucapan tahniah dan syabas buat Yang Berbahagia Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff yang merupakan srikandi pertama yang terpilih untuk menerajui kepimpinan tertinggi dalam JAKIM berkuatkuasa pada tanggal 21 Mac yang lalu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM kerana meluangkan masa menerima kunjungan rombongan Ketua Pengarah KAGAT hari ini. Semoga kolaborasi yang terbina erat sekian lama antara dua institusi ini akan dapat memberikan impak maksima kepada gerak kerja dakwah ATM khasnya dan negara umumnya.
#MediaKagat
#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM