WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2022M/1443H Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama pengurusan Masjid Khalid bin Al-Walid (MKWK), Kementerian Pertahanan (Kementah) di sini telah mengadakan program ibadah korban dan akikah di perkarangan masjid berkenaan sempena Hari Raya Aidiladha.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi,Ketua Staf Markas ATM yang telah menyerahkan sebilah pisau penyembelihan tanda simbolik ibadah korban kepada YBhg Brig Jen Hj Mohd Hamzah Bin Adam, Timbalah Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT yang mewakili Ketua Pengarah KAGAT. Binatang korban pada tahun ini sebanyak 26 ekor lembu dan empat ekor kambing dikorbankan dalam program yang dilaksanakan secara bergotong-royong yang melibatkan 150 anggota ATM. Program yang diadakan dalam fasa peralihan endamik itu diharap dapat menyemarakkan semangat berkorban demi penghayatan syiar Islam dalam kalangan umat Islam.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Mej Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad ,Asisten Ketua Staf Bahagian Perkhidmatan Anggota,YBhg Tuan Hayazi bin Darus, Pemangku Ketua Jabatan QSR BRANDS (M) HOLDINGS BERHAD,Pegawai kanan serta warga ATM. Sebelum melaksanakan ibadah korban dan akikah itu, warga ATM menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan yang telah di imamkan oleh Brig Jen Mohd Hamzah bin Adam,Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT.

#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Galeri Gambar