WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 23 September 22 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan bercemar duli ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Serta Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-89 yang diadakan di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kementerian Pertahanan hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda telah disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz.Majlis telah dimulakan dengan bacaan yasin serta tahlil yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brigedier Jeneral Mohamad Hamzah Bin Adam dan diteruskan dengan penyampaian Khutbah Khas Solat Jumaat bertajuk ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ yang disampaikan oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Hj Mohd Rashidi bin Bujai sebelum diakhiri dengan Solat Jumaat yang diimamkan oleh Brigedier Jeneral Mohamad Hamzah Bin Adam. Antara intipati teks khutbah yang diampaikan ialah perlunya setiap rakyat Malaysia memahami bahawa tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara bukan hanya terletak dibahu warga ATM sahaja, malah ia merupakan tanggungjawab bersama di samping menghargai keamanan, kesejahteraan dan kedamaian yang bukan mudah diperolehi serta didirikan di atas pengorbanan para pejuang terdahulu yang sanggup berjuang demi negara tercinta.Turut hadir di majlis ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Bin Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Bin Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Bin Goriman Khan TUDM.

Galeri Gambar