WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2023 - Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Encik Mohd Fauzi bin Abidin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai bertempat di pejabat beliau.

Kunjungan hormat ke Jabatan Arah KAGAT adalah kesinambungan kolaborasi yang telah terjalin sebelum ini dalam usaha membincangkan berkenaan aktiviti dan peranan MAIWP khususnya dalam usaha pembangunan dakwah di kalangan masyarakat khususnya melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kedua-dua jabatan saling bertukar pandangan dan pendapat agar segala usaha yang akan dilaksanakan dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama.Turut bersama di dalam kunjungan hormat ini, Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi dan pegawai dari MAIWP iaitu Ketua Unit Penaziran dan Pematuhan BPI MAIWP, Mej (K) Muhd Safwan bin Saidin, Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mej (K) Noriza binti Abd Rahim.

Galeri Gambar