WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2024 - Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai hari ini telah menerima kunjungan hormat Panglima Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Azeman bin Yusoff bertempat di pejabat beliau.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara Pasukan Simpanan TLDM dengan KAGAT. Di samping itu, pertemuan empat mata juga turut membincangkan perkara berkaitan pentadbiran keagamaan dan penempatan staf KAGAT di Markas Pasukan Simpanan TLDM. Semoga kerjasama erat ini mampu mengorak langkah kearah momentum dakwah yang lebih hebat. Kunjung hormat ini telah diakhiri dengan menandatangani buku lawatan serta saling bertukar cenderahati.

dslr klik