WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 2 Februari 2024 - Andaikan semua warga ATM boleh berada di tempat yang dilaungkan azan padanya samada masjid atau surau di setiap waktu apatah lagi di kala waktu Maghrib dan Subuh. Ini kerana ia bertepatan dengan suatu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Uthman bin Affan RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “𝙎𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙄𝙨𝙮𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢.

𝙎𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙄𝙨𝙮𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢.” Kita masih dikira sebagai umat Muhammad SAW yang lemah kerana tidak mampu untuk qiam atau berdiri menghadap muka kepada Allah SWT di pagi hari, maka atas sebab itu kita perlu belajar dan belajar untuk mencapai kekuatan itu. Warga ATM akan dilihat hebat seandainya Solat Subuh mereka seperti Solat Jumaat dan ini suatu hasrat yang boleh dicapai. Atas hasrat dan kemahuan itulah, maka YBhg Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Jaffar telah mengetuk pintu hati seluruh warga anggota Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) untuk menyemarakkan waktu subuh pagi ini dengan mengadakan aktiviti Solat Subuh Berjamaah. Aktiviti Solat Subuh Perdana pagi ini menepati citra semangat AKSPA yang menjadikan titipan kata, “𝗕𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗗𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗶” iaitu bermula di hati, bermula di Masjid, bermula dengan aktiviti Ibadah dalam meneruskan amanah kepimpinannya sebagai AKSPA dan dalam masa yang sama menunjangi aktiviti-aktiviti sempena Hari Ulang Tahun BPA Ke-62. Kesungguhan pada komitmen yang ditunjukkan oleh YBhg AKSPA telah disambut baik khususnya oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai serta Pengarah-Pengarah BCJ yang lain. Selain warga BPA, Solat Subuh Perdana pagi ini turut dihadiri oleh Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA) dan Pengarah-Pengarah BCJ di bawah BPA. Seusai solat Subuh, YBhg AKSPA juga turut menyantuni warga BPA dan jemaah yang hadir dengan mengedarkan pek berupa sarapan pagi dan jamuan di Dewan Salahudin Al-Ayubi, Masjid Khalid bin al-Walid, KEMENTAH (MKWK). Dengan penerusan aktiviti sebegini maka diharapkan ianya mampu mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadah demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan dunia dan akhirat seiring dengan saranan dan sokongan penuh YBhg AKSPA, "𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗡𝗜".

dslr klik