WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

JANDA BAIK, 8 Ogos 2024 - Seminar Sulh dan Kaunseling Islam ATM Tahun 2024 telah dilaksanakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang bermula pada 6 hingga 8 Ogos 2024. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT.

Seminar yang telah dihadiri oleh seramai 40 peserta ini julung kali diadakan di peringkat Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Seramai 22 wakil Pegawai Agama dan 18 wakil daripada PTT Kanan bagi setiap Markas Perkhidmatan seluruh negeri telah mengambil manfaat sebaiknya dari penganjuran seminar ini. Antara objektif pelaksanaan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan tentang asas ilmu dan kemahiran kaunseling kepada perunding cara KAGAT dan Staf Agama di pasukan. Selain itu, ia juga dapat melatih perunding cara KAGAT dan staf agama pasukan dalam memberi perkhidmatan runding cara keluarga dengan lebih bersistematik, efisyen dan profesional. Semoga melalui program sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai pegawai dan staf KAGAT yang terlatih bagi membantu warga ATM dalam menyelesaikan konflik kekeluargaan.

dslr klik