WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KEPALA BATAS, 27 Ogos 2024 - Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai bersama isteri, Datin Rahmah binti Ghazali selaku Pengerusi BAKAT KAGAT hari ini meneruskan agenda menyantuni warga 'Berjuang Berakhlak' dengan lawatan dan ziarah kebajikan kepada anak Sjn Ariffin bin Abdul Halim, Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, iaitu adik Aisyah Imani binti Ariffin bertempat di Taman Mutiara Naga, Kepala Batas, Alor Star.

Lawatan kebajikan ini bertujuan menyantuni dan bertanya khabar anak anggota yang mengidap Talasemia dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Dalam kesempatan itu, KP KAGAT dan isteri turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga. Sumbangan yang diberikan ini merupakan salah satu usaha kecil Pengurusan Tertinggi KAGAT dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warganya. Turut hadir dalam ziarah kebajikan ini ialah, Ketua Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Arah KAGAT, Lt Kol Abdul Jabar bin Yusof, Pegawai Staf 1 Agama Markas 2 Divisyen, Lt Kol Jamal bin Nasir, Penolong Pegawai Memerintah 6 RAMD, Mej Syamsury bin Sutrisno, dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) KAGAT, PW I Hj Mohd Fikri bin Ramli.Mari bersama-sama kita berdoa agar adik Aisyah Imani binti Ariffin diberi keafiatan dan kesembuhan dengan sebaiknya.

dslr klik