WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PUTRAJAYA, 3 Jan 2025 – Membina Jambatan Ukhuwwah, Memperkasa Kolaborasi Dakwah, begitulah hasrat dan aspirasi kunjungan hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kolonel (K) Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail bertempat di pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM pada hari ini.

Di samping membincangkan berkenaan kerjasama pembangunan operasi dakwah di antara kedua buah organisasi, Ketua Pengarah KAGAT juga telah menzahirkan ucapan tahniah dan syabas buat Kolonel (K) Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail yang terpilih untuk menerajui bahagian Operasi JAKIM berkuatkuasa pada tanggal 30 Oktober 24 yang lalu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kolonel (K) Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM kerana meluangkan masa menerima kunjungan rombongan Ketua Pengarah KAGAT hari ini. Semoga kolaborasi yang terbina erat sekian lama antara dua institusi ini akan dapat memberikan impak maksima kepada gerak kerja dakwah ATM khasnya dan negara umumnya.

dslr klik