WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

LATAR BELAKANG

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 16 April 1985. Penubuhan KAGAT ini sekaligus meletakkan KAGAT sebagai Kor yang ke-16 di dalam Tentera Darat Malaysia, walau bagaimanapun tugas dan peranannya mencakupi ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara. Usaha-usaha penubuhan KAGAT telah dimulakan sejak tahun 1979 dan telah dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-197 pada 24 Januari 1980. Kesedaran ke arah penubuhan KAGAT dan pengiktirafan peranan KAGAT di dalam ATM merupakan satu semangat, kesedaran dan iltizam kerajaan Malaysia untuk meninggikan syiar dan penghayatan Islam khususnya di dala1n Angkatan Tentera Malaysia.


TUJUAN

Tujuan penubuhan KAGAT adalah untuk mencapai matlamat berikut :

  1. Membina pendirian ahlak, keteguhan dan disiplin diri yang kukuh di kalangan anggota ATM berasaskan kepada penerapan nilai-nilai Islam yang sesuai dengan masa dan keadaan

  2. Menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran agama Islam mengikut perundangan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa khususnya dalam hal ehwal syariah dan hubung kait antara ATM dengan asyarakat awam.

  3. Mewujudkan saluran pemerintahan (chain of command) bagi semua peringkat pasukan.

  4. Memenuhi keperluan agama anggota Islam ATM dan keluarga mereka.

  5. Menyediakan kemudahan anggota dan pendidikan agama Islam bagi masyarakat tentera di masa aman, kecemasan dan peperangan.

  6. Berusaha menguruskan apa juga perkara yang didapati perlu oleh pihak berkuasa demi kebaikan dan perkembangan agama Islam dalam ATM.

OBJEKTIF

Objektif KAGAT adalah seprti berikut :

  1. Menerapkan nilai-njlai Islam yang unggul berdasarkan kepada ajaran Islam dalam semua aspek pentadbiran.

  2. Mewujudkan suasana masyarakat tentera yang cenderung kepada nilai-nilai yang bersih serta bersikap positif di dalam apa jua pandangan dan teguran yang membina kepada kebaikan dan kemurruan sejagat.

  3. Memberi pengetahuan, kefahaman, bimbingan dan kesedaran ke arah penghayatan ajaran Islam yang sejati kepada warga Angkatan Tentera Malaysia.

  4. Memupuk daya tahan dan daya juang yang berterusan serta semangat kerja dan berusaha semata-mata untuk menunaikan amana masyarakat dan kerajaan yang berlandaskan dengan tuntutan agama.

  5. Melahirkan anggota tentera yang bersepadu (kesatuan ketahanan fizikal dan spritual combat power) dalam melaksanakan tugas.

  6. Membina sumber 1nanusia KAGAT yang professional, progresif, komprehensif, ketrampilan, kredibe l, mantap dan berarus perdana.

  7. Melahirkan sebuah perkhidmatan keagamaan yang "versatile" dan sentiasa ke hadapan dalam apa jua tindakan.

PERANAN

Peranan KAGAT adalah seperti berikut :

  1. Menjadi pemangkin kerohanian ATM dan bersikap proaktif, positif dan komited dalam mencapai misi dan visi perjuangan ATM.

  2. Memberi peningkatan keilmuan untuk melahirkan keseragaman ketetapan dan kesatuan matlamat serta pendapat di dalam mencapai kehendak yang sama tinggi dengan pihak lain.

  3. Mengembangkan pelajaran ilmu-ilmu Islam, khususnya penekanan kepada keluhuran akhlak, sikap dan sifat setiakawan (espirit de corp) di samping memberi kefahaman dalam erti kata yang sebenar tentang perkhidmatan tentera mengikut mengikut pandangan Islam.

  4. Membuat kajian ilmiah dan umum ke arah pemantapan perkhidmatan dan keagamaan dalam ATM.

  5. Melaksanakan dan menguatkuasakan segala peraturan, undang-undang dan hukum Islam yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri.

  6. Melahirkan pembentukan syakhsiah unggul atau "towering personality" ke arah melahirkan warga ATM yang berketrampilan dari segi hala tuju, kejelasan matlamat dalam melaksanakan setiap tugas.

  7. Memberi bantuan kepada usaha-usaha mempertingkatkan semangat keperwiraan anggota tentera seimbang dengan misi perjuangan ATM.

AKTIVITI

  1. Menganjurkan kursus, bengkel dan seminar berbentuk pembangunan jasmani, spritual dan mental ketenteraan.
  2. Muzakarah peningkatan profesional ketenteraan.
  3. Memberi latihan bagi melahirkan tenaga mahir dan terlatih dalam pengurusan keagamaan.
  4. Menjalinkan hubungan dan kerjasama di dalam bidang dakwah dan pentadbiran Islam antara masyarakat Islam serantau dan antarabangsa.
  5. Simposium penghayatan Islam Hadhari.
  6. Program Majlis Ilmu Nadwah dan Dakwah (MINDA) KAGAT.
  7. Pembangunan Sistem Maklumat Islam dan Tenaga Manusia.
  8. Pembangunan Profesionalisme Pendakwah Kontemporari.
  9. Nadwah Ilmiah Pegawai Kanan ATM.
  10. Kelas-kelas Bimbingan Khas dan Terbuka.
  11. Tilawah Al-Quran.
  12. Penyelidikan dan kajian Ilmiah Islam.
  13. Pentadbiran Keagamaan / UrusanZakat / Haji / Undang-undang Islam.
  14. Penganjuran Simposium / Seminar Hadhari.