WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

Pengambilan Pegawai Dan Anggota Lain-Lain Pangkat KAGAT

Ijazah Sarjana Muda yang tidak tersenarai dalam kategori Pengajian Islam yang diiktiraf JPA tidak diterima bagi kemasukan Pegawai KAGAT. Namun calon boleh memohon bagi kemasukan bidang lain sekiranya ditawarkan. Pengesahan pengiktirafan daripada Malaysia Qualification Agency (MQA) boleh dirujuk melalui sesawang http://www2.mqa.gov.my/esisraf.

Sekiranya tiada jawapan bagi persoalan yang ingin diajukan. Sila majukan pertanyaan melalui email kepada pentadbir portal berserta butir-butir penting peribadi dan boleh dihubungi jika perlu. Pihak portal akan memajukan jawapan kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan.

Syarat PNGK 2.7 ke atas adalah diperlukan dan tiada kelulusan khas kepada calon yang tidak memenuhi syarat kemasukan pegawai. Namun, anda boleh memohon bagi kemasukan anggota LLP sekiranya anda mempunyai Diploma Pengajian Islam atau STAM atau STPM.

Boleh. Syarat melanjutkan pengajian secara tajaan Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat (SPTTD) bagi pegawai adalah berpangkat Mej dan mempunyai PNGK Ijazah Sarjana Muda 2.7 ke atas. Syarat bagi Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) adalah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 4 tahun dan disokong oleh Kor. Manakala peg atau anggota LLP yang ingin melanjutkan pengajian secara persendirian perlu mendapatkan kelulusan daripada kepimpinan tertinggi Kor.

Kriteria-kriteria lain yang dinilai atau dikira sebagai nilai tambah bagi pengambilan Pegawai KAGAT selain daripada syarat-syarat sedia ada antaranya memiliki diploma atau sijil bidang agama seperti Diploma Tahfiz, STAM, Sijil Perubatan Islam, Sijil Mutawwif, Sijil Qiraat, sijil daripada institusi pondok atau pengajian agama swasta yang diiktiraf dan sebagainya. Selain itu, sijil dalam bidang lain seperti bidang multimedia, pengurusan sumber manusia, bahasa dan sebagainya turut diambil kira. Calon yang mempunyai kebolehan bacaan Al-Quran yang baik dari segi tajwid dan sebutan makhraj juga merupakan keutamaan yang akan diambil kira semasa proses pemilihan.