WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

profile TKPP KAGAT

BRIGEDIER JENERAL HJ MOHD HAMZAH BIN ADAM
PAT KAT KMN PPS PPA PNBB (Bosnia Herzegovina) BA (Hons) Islamic Studies (Al-Azhar)

TIMBALAN KETUA PENGARAH DASAR DAN PENGURUSAN

Brigedier Jeneral Hj Mohd Hamzah bin Adam telah dilahirkan di Marang, Terengganu pada tanggal 24 Jun 1968. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga pemegang Diploma Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau telah menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia pada 16 September 1994 setelah menjalani latihan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Ipoh, Perak. Setelah menamatkan latihan, beliau telah ditauliahkan ke pangkat Kapten dan seterusnya mula bertugas sebagai Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Beliau mempunyai pengalaman yang luas setelah memegang pelbagai jawatan penting di sepanjang perkhidmatan. Beliau telah memulakan langkah dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Agama di Kolej Tentera Udara (KTU) pada 1994 - 2000, Pegawai Agama di 7 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 2000 – 2001, Pegawai Agama di 4 Bgd Mekanize pada 2001 – 2003, Pegawai Penyelidik Agama di MK TD – Sekretariat pada 2003 – 2004, Sebagai Pegawai senarai LPK 2 (Dip Psikologi Kaunseling – UKM) pada tahun 2004 – 2005.

Berdasarkan kecemerlangan serta prestasi kerja yang ditunjukkan, beliau telah dinaikkan ke pangkat Mejar dan telah menjawat jawatan Peg Staf 2 Mk 4 Div pada 2005 – 2007, Peg Staf 2 Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah di Jabatan Arah KAGAT pada 2007 – 2009. Setelah lebih kurang 4 tahun berpangkat Mejar beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel dan diberikan amanah untuk menjawat jawatan Pegawai Staf 1 Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) pada tahun 2009 – 2016, Ketua Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan Arah KAGAT pada 2016 - 2019, Ketua Pengurusan Masjid pada tahun 2019 - 2021 dan telah dinaikkan ke pangkat Kolonel pada tahun 2021 dengan jawatan Pengarah Pengurusan Masjid dari 2021 – 2022. Perjawatan terkini beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP), Jabatan Arah KAGAT setelah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral pada 19 Jan 2022. Sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara, Brigedier Jeneral Hj Mohd Hamzah bin Adam telah dikurniakan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) pada 18 Oktober 2022.

Beliau telah mendirikan tumah tangga dengan Puan Dr Faizah binti Kamaruddin dan telah dikurniakan cahaya mata seramai 3 orang perempuan dan seorang lelaki. Aktiviti kegemaran beliau ketika masa lapang ialah beriadah selain menyampaikan perkongsian ilmu di medium-medium dakwah seperti ceramah dan kuliah di serata tempat.