WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

smrkagat

SARJAN MEJAR REJIMEN

PEGAWAI WARAN SATU HAJI MOHD FIKRI BIN RAMLI BAT PPN PPS PPA

Beliau dilahirkan pada 1 November 1976 di Sik, Kedah. Beliau mula menceburi perkhidmatan tentera apabila menyertai latihan rekrut di Pusat Latihan Rekrut (PLR) di Port Dickson kini dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 30 Jun 1995. Kemudian beliau ditugaskan ke 21 Komando, Kem Sungai Udang, Melaka. Sepanjang perkhidmatan beliau menunjukkan sikap ketekunan dan azam yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai anggota KAGAT.Pegawai Waran Satu Haji Mohd Fikri bin Haji Ramli pernah menyandang jawatan Pembantu Agama Rendah sehingga Penyelia PEMAK di 21 Komando dan kini menjawat jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejiman Kor Agama Angkatan Tentera di Jabatan Arah KAGAT.

Kursus-kursus yang pernah dihadiri beliau ialah Kursus Asas Komando di PULPAK, PEMARA Kelas 1 di IPDA, Asas Payung Terjun di PULPAK, Pemas Kelas 1 di IPDA, Pemak Kelas 2 di IPDA, Pemak Kelas 1 di ILMI, Pengurusan dan Pentadbiran PTTK di ILMI, Kursus Tempur Tanpa Senjata di 21 KPTD GGK, Penyelia PEMAK di ILMI, Tahsin dan Qiraat PTTR di ILMI, dan Kursus LSB Pentadbiran SMR dan Istiadat di IPDA.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Siti Norli Binti Seman. Sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dianugerahkan 5 orang cahayamata 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang menjadi pemangkin semangat kepada beliau untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.Di dalam jawatan ini, beliau bertindak sebagai Penasihat kepada Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera di atas segala arahan dan polisi yang wujud ataupun cadangan yang melibatkan peraturan perkhidmatan anggota lain-lain pangkat. Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada susunan acara Perbarisan Rasmi KAGAT seperti Hari Ulangtahun Kor serta penasihat kepada susunan formasi detasmen KAGAT bagi hari-hari penting seperti Hari Ulangtahun Tentera Darat dan Hariulang Tahun ATM dimana KAGAT terlibat secara rasmi dalam perbarisan.