WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2021 - Majlis Pemakaian Pangkat Brig Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab telah dilaksanakan di ruang legar Pejabat PTD yang disempurnakan oleh Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat. Brig Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen berkuatkuasa 28 Mei 21 dan menjawat jawatan Ketua Pengarah KAGAT. Dalam majlis tersebut, PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab atas anugerah kenaikan pangkat tersebut.

Menurut beliau, kenaikan pangkat adalah suatu pengiktirafan diatas kualiti kerja dalam perkhidmatan. PTD menyeru kepada semua Pegawai Kanan untuk memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas secara jujur dan amanah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Staf Markas Tentera Darat, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Tentera Darat dan Pengarah Agama Markas Tentera Darat.