WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

Perbarisan penghargaan sempena persaraan Pegawai Kanan KAGAT telah diadakan pada 29 Okt 21 bertempat di Padang Kawad ILMI, Port Dickson. Pegawai Kanan KAGAT yang diraikan, Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Daud dan Brigedier Jeneral Hj Baharizan bin Hj Zainal Abidin. Perbarisan penghargaan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Daud mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 17 November 1986. Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun 1 bulan dan 13 hari. Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam KAGAT. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah KAGAT ke-7. Brigedier Jeneral Hj Baharizan bin Hj Zainal Abidin juga mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 17 November 1986. Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun 11 bulan. Sepanjang perkhidmatan beliau juga telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam KAGAT dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT.

Tan Sri PTD dalam ucapan penghargaannya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Daud dan Brigedier Jeneral Hj Baharizan bin Hj Zainal Abidin di atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan. Beliau juga menyarankan agar seluruh warga KAGAT dapat mencontohi kegigihan khidmat bakti mereka dalam meneruskan perjuangan KAGAT.

Bagi warga KAGAT persaraan kedua-dua Pegawai Kanan KAGAT ini merupakan satu kehilangan kepada KAGAT. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato’ Hj Nawawi bin Daud, Ketua Pengarah KAGAT ke-7 dan Brigedier Jeneral Hj Baharizan bin Hj Zainal Abidin, mantan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT kerana telah berjaya memimpin dan membawa KAGAT mencapai kejayaan dan kecermelangan. Selamat bersara dan selamat maju jaya. Lihat galeri berita ini.

Sumber Artikel: Ketua Sel Komunikasi & IT