WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2021 - Majlis meraikan Mantan KP KAGAT Ke-7, Mej Jen Dato' Hj Nawawi bin Daud iaitu Majlis Makan Malam Memori Berjuang Sempena Penghargaan Mantan KP KAGAT Ke-7 telah dilaksanakan bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan acara bergambar bersama barisan kepimpinan serta Pegawai Kanan KAGAT. Acara diteruskan dengan majlis makan malam yang diserikan dengan Persembahan dari Kumpulan Fursan dan Wakil Perkhidmatan. Dalam majlis tersebut juga turut ditayangkan video penghargaan buat Mantan KP KAGAT Ke-7 yang mengimbau suka duka dan pahit manis perjuangannya bermula sejak penubuhan KAGAT dan penyampaian cenderahati Kepada Mantan KP.

Dalam ucapannya,mantan KP KAGAT ke-7 telah menzahirkan ucapan dan terima kasih atas majlis yang diadakan sebagai tanda penghargaan buat diri dan keluarganya. Di kesempatan yang sama, beliau turut melontarkan pelbagai amanat dan nasihat serta berkongsi sedikit pengalaman sepanjang perkhidmatan yang mencecah 35 tahun 1 bulan dan 13 hari.

Beliau juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan baru dan seluruh warga KAGAT agar terus bekerja secara berpasukan untuk terus menggembleng tenaga dan idea ke arah pembangunan kor dan imej Islam yang dikendong.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Pegawai-Pegawai Kanan serta warga KAGAT yang lain.