WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

poster direktif cetak syarikat

Perkhidmatan Agama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah lama bermula iaitu selaras dengan penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada tahun 1933. Walau bagaimanpun, perjawatan ketika itu adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia, bukan di bawah ATM. Sejak dari itu perkhidmatan agama tersebut telah berkembang mengikut keperluan perkembangan formasi dan pasukan ATM tu sendiri.

Semakin lama, keperluan pengurusan hal ehwal keagamaan dalam ATM semakin dirasakan penting dan menjadi sinonim dengan pertadbiran ketenteraan sehingga di mana sahaja wujudnya pasukan baru, perjawatan baru kakitangan agama (guru agama) diperlukan bagi memenuhi keperluan tugas keagamaan di pasukan dan terhadap keluarga ATM.

Ekoran dari perkembangan diatas, idea dan usaha-usaha untuk mengembangkan perkhidmatan agama dalam bentuk Kor di bawah perkhidmatan ATM diwujudkan pada 16 April 1985 dimana penubuhan tersebut mendapat persetujuan dan limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Kelapan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Cetusan ini telah diilhamkan daripada YB Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud dan idea tersebut dapat dilaksanakan pada tahun 1980 apabila YAB Dr. Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri telah menggesa penubuhan sebuar Kor untuk mengendalikan hal ehwal keagamaan ATM. Penugasan perkhidmatanya meliputi tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Darat, Laut dan Udara.

 

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-20715905 (Tadbir)

eMAIL (untuk urusan rasmi):  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Maklumat tentang kerjaya KAGAT, sila hubungi:

    - Bahagian Pegawai: 03-20713044
    - Bahagian Lain-Lain Pangkat: 03-20716053
 

lambang kagat png
KOR AGAMA NAMA DIBERI

DAIE ASKARI ADALAH KAMI
DARAT, LAUT, UDARA DICURAHKAN BAKTI
DEMI AGAMA BANGSA DAN PERTIWI

 

BERJUANG BERAKHLAK MENJADI WAWASAN
TERUS MARA MEMPERTAHANKAN KEBENARAN
TERUS MELANGKAH MENGHARUNG CABARAN
MAJU KEHADAPAN MENEGAK ISLAM

 

BANGUN WAHAI INSAN
BANGUN WAHAI MUJAHID
SERUAN ALLAH MENGGAMITMU
ATAS KEIMANAN KETAQWAAN

 

DAIE ASKARI
DAIE RABBANI

koleksi kesam


Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) turut mempunyai kesam tersendiri seperti mana kor-kor lain dalam ATM iaitu:

LOGO

a. Bulan Bintang Bucu Lima. Melambangkan keunggulan agama Islam sebagai agama rasam Negara yang dipertahankan dengan jiwa raga.

b. Mahkota & Tulisan Allah dan Muhammad, Menjunkung tinggi kedaulatan undang undang kepada raja dan sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.

c. Perisai, Melambangkan KAGAT seiring dengan perjungan Negara mengikut Rasulullah SAW.

d. Perkataan “Iqra” bermaksud bacalah iaitu KAGAT sentiasa mengamalkan ilmu pengetahuan dunia & akhirat.

e. Kitab al-Quran, membawa maksud bahawa al-Quran merupakan dasar perundungan hidup yang perlu dijunjung tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab menyaikan pendidikan dan khidmat keagamaan kepada warga ATM.

logokagat

 

LENCANA KOLAR

Lencana Kolar, Reka bentuk lencana adalah seperti logo KAGAT. Bagaimana ukuranya lebih kecil iaitu 20mm lebar dan 25mm tinggi sesuai diletakakan pada kolar baju. Diperbuat daripada logam jenis ringan “dianodised”.

lencanakagat

 

BENDERA

Kitab al-Quran, membawa maksud bahawa al-Quran merupakan dasar perundangan hidup yang perlu dijunjung tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan pendidikan dan khidmat keagamaan kepada warga ATM.

benderakagat

 

STABLE BELT

BELT KAGAT