WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2021 – Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Asnaf ATM telah dilaksanakan dan diagihkan kepada asnaf dari kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid bin Al-Walid. Sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan asas yang telah disumbangkan oleh Syarikat QSR Brands Malaysia Holdings Berhad. Syarikat QSR BRANDS telah menyumbangkan sebanyak 237 beg.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab telah mewakili Pengurusan tertinggi ATM telah menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima dan selebihnya akan diagihkan kemudian kepada penama dari warga ATM yang telah disenaraikan. KP KAGAT juga menyampaikan rasa terima kasih kepada pihak syarikat dan juga wakil MAIWP yg turut sama hadir sebagai sokongan kepada aktiviti amal kebajikan yang telah dilaksanakan itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Mohd Nizam bin Hj Yahya, wakil QSR Brands Malaysia Holdings Berhad dan Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT yang lain.