WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

MERSING, 20 Jan 22 – Mej Jen Hj. Muhamad Azmi bin Wahab, Ketua Pengarah (KP) KAGAT telah melaksanakan lawatan dan kunjungan hormat dalam dua hari lawatannya ke Johor.

Pada 19 Januari 2022, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Pemangku Laksamana Pertama Azeman bin Yusoff bertempat di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM, Sungai Lunchoo, Masai. Keesokanan hari iaitu pada 20 Januari 2022, beliau telah melengkapkan jadualnya berkunjung ke Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK) di Kem Sri Iskandar, Mersing dan melaksanakan kunjungan hormat kepada Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli bin Hj. Hashim. Dalam lawatan tersebut, KP KAGAT diberi penghargaan oleh Panglima 21 GGK untuk melawat pulau-pulau di sekitar Kem Iskandar, menyertai acara menembak dan berkesempatan meluangkan masa bersama warga KAGAT di kem tersebut. Ketua Pengarah KAGAT yang bakal bersara tidak lama lagi menyantuni Yang Berbahagia Panglima Pasukan Simpanan TLDM dan Panglima GGK sebagai tanda penghargaan sebelum beliau menamatkan perkhidmatan.

Lihat Galeri Gambar