WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2022 - Majlis Penghargaan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj. Muhamad Azmi bin Wahab Peringkat Jabatan Arah KAGAT telah dilaksanakan di Dewan Salahudin Al-Ayubi, Masjid Khalid bin Al-Walid, Kem KEMENTAH hari ini. Majlis penghargaan ini telah dilaksanakan bersempena persaraan Mej Jen Hj. Muhamad Azmi bin Wahab selaku Ketua Pengarah KAGAT Ke-8 setelah menjawat jawatan tersebut selama hampir 9 bulan. Beliau akan menamatkan Perkhidmatan dalam ATM setelah menabur budi dan bakti dengan penuh kecemerlangan selama hampir 34 tahun. Dalam ucapan di majlis tersebut, beliau menyeru seluruh warga KAGAT agar memberikan wala’ atau ketaatsetiaan kepada pucuk pimpinan dan menjadi mata rantai membantu perlaksanaan perancangan, hala tuju dan setiap dasar yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Kor. Ianya bertujuan supaya KAGAT dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang berjaya dan berkesan dalam menjayakan misinya sebagai teras pemangkin kerohanian ATM. Semoga majlis yang serba sederhana yang dilaksanakan ini akan menjadi cindur kenangan, tanda erima kasih dan ingatan selamanya buat Ketua Pengarah KAGAT Ke-8 sebelum menempuh alam persaraan nanti. Di dalam majlis yang sama turut diadakan sesi penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020 kepada 14 Pegawai dan 55 LLP KAGAT dari seluruh perkhidmatan ATM. Ketua Pengarah KAGAT juga turut menyempurnakan sumbangan Bantuan Musa’adah kepada 3 Pegawai KAGAT yang ditimpa dengah musibah COVID-19 baru-baru ini. Bersama dalam majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah KAGAT, Brig Jen Hj. Mohd Rashidi bin Bujai, Pengarah Dasar dan Pengurusan, Kol Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, Pengarah Pengurusan Masjid, Kol Mohd Hamzah bin Adam, Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kol Zainal Abidin bin Mohamed Salleh dan Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT yang lain.

Lihat Galeri Gambar