SUNGAI BESI, 21 Februari 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan pemakaian pangkat 5 orang Pegawai Kanan KAGAT dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat hari ini.Mendahului senarai Pegawai Kanan KAGAT yang dinaikkan pangkat ialah Brig Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai yang dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan seterusnya akan mengambil alih tampuk kepimpinan KAGAT selaku Ketua Pengarah KAGAT Ke-9. Manakala pemakaian pangkat Kol ke pangkat Brig Jen telah disempurnakan kepada Kol Mohd Hamzah bin Adam, Kol Ab Jabar bin Mohamad Aris dan Kol Zainal Abidin bin Mohamed Salleh. Acara diteruskan dengan upacara Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengerusi Kor di antara Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab dan Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai selaku Pengerusi KAGAT yang baharu. Ketua Pengarah dan Pengerusi KAGAT Ke-8 akan menamatkan perkhidmatan pada 4 September 2022 setelah 34 tahun menabur bakti dan khidmat dalam ATM. Turut menyaksikan majlis pada hari adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mardzuki bin Muhammad dan beberapa orang Pegawai Kanan TDM yang lain.