WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2022 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di antara Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab dan Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) hari ini. Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Mej Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Pengarah-pengarah BCJ di bawah pemerintahan BPA turut menyaksikan majlis bersejarah tersebut. Majlis dimulakan dengan acara bergambar, kemudian diikuti dengan acara menandatangani nota serah terima tugas Ketua Pengarah KAGAT dan seterusnya Street Lining serta diakhiri dengan bacaan doa sebagai penghormatan terakhir kepada Mantan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab yang akan bercuti seterusnya menamatkan perkhidmatan pada 4 September 2022. Selamat bersara buat Mantan Ketua Pengarah KAGAT ke-8 dan selamat menunaikan tugas kepada Ketua Pengarah KAGAT ke-9.

Lihat Galeri Gambar