WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PORT DIKCSON, 21 Mac 2022 – Pagi bersejarah, apabila Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah secara rasminya menyampaikan Perutusan Direktif Ketua Pengarah KAGAT Ke-9 setelah mengambil alih pucuk pimpinan KAGAT dari Mej Jen Hj Muhamad Azmi bin Wahab pada tarikh 25 Februari 2022 yang lalu. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Tan Sri Hamid, Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) ATM dan disaksikan oleh pelbagai peringkat anggota dan pegawai mewakili setiap cabang perkhidmatan darat, Laut dan Udara.

Memulakan ucapan, KP KAGAT Ke-9 telah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, PAT, PTD, Selaku Ketua Pengarah KAGAT Ke-9, beliau telah menyampaikan Direktif kepimpinannya dengan penuh semangat dan harapan supaya ianya dapat direalisasikan oleh semua anggota dan pegawai KAGAT di setiap lapisan perkhidmatan. Direktif beliau berkisarkan beberapa perkara antaranya adalah Pendekatan melalui akronim MURABBI iaitu Multi Tasking (kepelbagaian pelaksanaan tugas), Unity (kebersamaan berorganisasi – Nahnu KAGAT), Relevance (kefungsian seiring), Accountability (kebertanggungjawaban), Beneficial (ketekalan bertugas), Bravery (keberanian berhemah) dan juga Integrity (keunggulan nilai mahmudah). Dalam perutusan itu juga, KP KAGAT Ke-9 juga menekankan tentang Tekad Pemerintahannya adalah gerak kerja berasaskan Bidang Fokus Utama (BFU) secara bersasar di peringkat jabatan Arah KAGAT, Markas-markas Perkhidmatan, ILMI dan STAY ATM. BFU yang dimaksudkan adalah merangkumi 8 perkara utama iaitu Pengukuhan Akidah, Pengukuhan Al-Quran, Pengukuhan Solat, Pemantapan Pakar KAGAT, Pengukuhan Intergriti, , Penstrukturan Organisasi, Penambahbaikan SPS KAGAT dan juga Semakan Dasar. Manakala pencapaian kepada 8 BFU akan mampu dicapai bergantung kepada penghayatan kepada Konsep 3T di kalangan warga KAGAT iaitu Ta’alim, Tarbiyyah dan juga Ta’dib secara berterusan. Di dalam ucapan yang sama, beliau juga telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada sekretariat dan AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Perutusan Direktif KP KAGAT Ke-9 serta kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.

#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Galeri Gambar