WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PORT DICKSON, 16 April 2022 - Seramai 85 Pegawai dan 120 Anggota Lain-Lain Pangkat Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) terlibat dalam Perutusan Hari KAGAT Ke-37 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Kor, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai bertempat di Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI ATM).

Sambutan Hari KAGAT tahun ini dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 April 2022. Pada 15 Apr 22, acara sambutan dimulakan dengan Hari Pengajian KAGAT, Program Ta'abbudi,acara diteruskan dengan bacaan doa selamat sempena Hari Kor dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, makan malam, solat isyak, terawih dan diakhiri sgn witir. Acara kemuncak Hari KAGAT Ke-37 dilaksanakan pada 16 Apr 22 iaitu Perhimpunan Hari KAGAT Ke-37. Dalam perhimpunan ini, beberapa acara telah dilaksanakan seperti Acara Pemakaian Pangkat, Penyampaian Anugerah Pengerusi Kor, Penyampaian Hadiah Bagi Pertandingan Penulisan Khutbah dan Penyampaian Anugerah Khas Pengerusi Kor,Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf dan Perutusan Hari KAGAT oleh Pengerusi Kor. Hari KAGAT Ke-37 pada kali ini bertemakan "Cakna & Bermakna." Menerusi ucapan Perutusan Pengerusi Kor, yang mana pada tahun ini tidak dilaksanakan perbarisan sebagaimana biasa. Walaupun sambutannya ringkas namun biarlah ianya amat bermakna dan terbaik untuk warga kor.

#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Lihat Galeri Gambar