PORT DICKSON, 16 April 2022 - Bersempena dengan Hari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Ke-37 hari ini yang bertemakan "Cakna & Bermakna, Pengerusi Kor, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, hari ini telah menyantuni warga veteran Kor KAGAT sekitar Port Dickson.
Lawatan ini adalah tanda rasa kasih dan sayang warga KAGAT ke atas veteran KAGAT yang banyak memberi jasa dan sumbangan bakti kepada Kor sepanjang perkhidmatan. Veteran yang terlibat adalah 454896 PW II (B) Haji Mohd Yusof bin Hj AB Hamid, 1070129 PW I (B) Mohd Nasir bin Ishak dan 5000861 SSjn (B) Saniah binti Salim Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pengerusi BAKAT KAGAT, Puan Rahmah binti Ghazali, Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT dan Isteri-Isteri Pegawai Kanan BAKAT KAGAT. Semoga dengan kecaknaan kepimpinan tertinggi KAGAT dalam menyantuni warga veteran KAGAT memberi seribu makna buat mereka di bulan Ramadan Al-Mubarak. Seluruh Warga KAGAT mendoakan agar mereka dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik.
#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM