WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 21 April 2022 - Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK).

Terdahulu, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah KAGAT dan Puan Rahmah binti Ghazali, Pengerusi BAKAT turut bersama-sama di dalam Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ketua Pengurusan Masjid, Lt Kol Muhammad Hanim bin Omar. Sempena majlis tersebut, turut diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus dan penyampaian sumbangan musa’adah kepada staf Jabatan Arah KAGAT. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama Staf Jabatan Arah KAGAT dan seterusnya Solat Maghrib, Isyak dan diteruskan dengan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah. Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT dan Isteri. Semoga majlis yang diadakan ini mampu meraih rahmat dan kasih sayang Allah serta dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim warga Jabatan Arah KAGAT.

#MediaKagat
#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Lihat Galeri Gambar