PUTRAJAYA, 13 Jun 22 – Menyantuni yang lama, mempereratkan ikatan mesra serta memperkasa gerakerja dakwah merupakan semangat dan inspirasi kunjungan hormat Ketua Pengarah KAGAT kepada Mantan Pengarah KAGAT ke 3, Mej Jen Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) di Pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Kunjungan mahabbah ini merupakan rentetan siri-siri pertemuan Ketua Pengarah KAGAT dengan Mantan-Mantan Pengarah dan Ketua Pengarah KAGAT setelah beliau diberikan amanah menakhodai bahtera besar dakwah dalam ATM ini. Selain mempertaut jalinan mahabbah dan kemesraan antara pemimpin dan yang pernah dipimpin, kunjungan ini juga diharapkan akan dapat mewujudkan kolaborasi yang baik dari segi gerak kerja pembangunan dakwah dalam ATM. Atas kunjungan mahabbah itu, Mej Jen Dato’ Seri Hj Jamil Khir bin Baharom (B) bagi pihak dirinya dan mewakili Jabatan Perdana Menteri telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pengarah KAGAT serta mendoakannya agar terus diberi kekuatan dalam memimpin KAGAT sebagai sebuah organisasi agama dalam ATM. Selaku Mantan Pengarah KAGAT, beliau juga bersedia dan akan cuba membantu KAGAT dengan sebaik mungkin atas kapasitinya sekarang ini. Kunjungan mahabbah ini turut disertai oleh Brig Jen Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) serta beberapa orang pegawai KAGAT yang lain.
#MediaKagat
#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM
#VeteranKAGAT
#Cakna&Bermakna