WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2022 – Hari ini telah genap 119 hari Mej Jen Haji Mohd Rashidi bin Bujai, memacu kemudi bahtera Da’ie Rabbani Da’ie Askari selaku Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Bertepatan dengan hal itu, maka Majlis Sambutan 100 Hari Pemerintahan KP KAGAT Ke-9 telah diadakan pada pagi hari ini bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta , Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri barisan Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta Anggota Lain-Lain Peringkat yang mewakili seluruh perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Dalam majlis tersebut, telah diadakan tayangan video yang mengimbau perjalanan 100 hari KP KAGAT bermula dari Majlis Serah Terima Tugas beliau selaku Ketua Pengarah KAGAT Ke-9 sehinggalah ke hari ini. Di dalam majlis yang sama turut diadakan acara pelancaran Blueprint Agenda Kerohanian 2022 – 2025 yang sebelum dari itu telah diberikan taklimat oleh Lt Kol Ahmad Kamil bin Hj Abdullah, Ketua Inspektorat, Jabatan Araha KAGAT yang juga bertindak sebagai Ketua Sekretariat Majlis Sambutan 100 Hari Pemerintahan KP KAGAT Ke-9. Berucap di majlis tersebut, KP KAGAT telah memulakannya dengan kalam Allah SWT surah al-Fath sebagai ungkapan muhasabah agar menjadi pedoman bahawa kemenangan dan kejayaan yang dilalui oleh KAGAT selama ini merupakan anugerah Allah SWT semata-mata dan warga KAGAT tidak boleh merasa selesa melainkan perlu bekerja keras demi kepentingan pembangunan Islam di dalam ATM. Beliau juga mengingatkan agar seluruh warga KAGAT dapat bekerja mengikut Blueprint Agenda Kerohanian yang telah dibentangkan supaya gerak kerja dakwah terzahir dalam keadaan tersusun dan sistematik. Di kesempatan yang sama, sebelum majlis bermula KP KAGAT telah berbesar hati melakukan kunjung hormat kepada Datuk wan Suraya binti Wan Mohd Radzi selaku Ketua Eksekutif, Institut Integriti Malaysia sebagai tanda hormat dan terima kasih di atas bantuan logistik yang telah diberikan. Dalam sesi perbincangan itu juga dikemukakan beberapa usul untuk terus berkolaborasi dalam menjayakan dan memperkasakan amalan integriti khususnya dalam perkhidmatan ATM. Diharapkan semoga dengan berlangsungnya Majlis Sambutan 100 Hari Pemerintahan KP KAGAT Ke-9 dan juga pelancaran Blueprint Agenda Kerohanian 2022-2025 pada hari ini maka KAGAT akan sentiasa dinaungi kerahmatan dari Allah SWT di dalam meneruskan agendanya sebagai Teras Pemangkin Kerohanian ATM.
#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Gambar Galeri