WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR,15 Julai 2022,satu perjumpaan telah diadakan antara Ketua Pengarah KAGAT, YBhg Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai bersama pemain bola sepak KAGAT FC bertempat di STAY ATM yang mana buat julung kalinya KAGAT menyertai pertandingan bola sepak peringkat Tentera Darat.

Memetik ucapan YBhg KP, beliau mengharapkan agar dengan penyertaan ini dapat mencungkil bakat baru tim KAGAT dalam sukan bola sepak yang menunjukkan sikap kebersamaan KAGAT dalam sukan TD. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran pihak pengurusan atasan KAGAT iaitu YBhg Brig Jen Hj Mohd Hamzah Bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan,YBhg Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh,Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan,YBhg Brig Jen Dato' Ab Jabar bin Mohamad Aris, Ketua Pengarah Kerohanian MPLDTD dan pegawai-pegawai kanan KAGAT yang turut sama memberikan sokongan moral kepada tim KAGAT FC moga objektif penubuhannya dapat direalisasikan sebaik mungkin.

 

#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Galeri Gambar