WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mejar Jeneral Haji Mohd Rashidi bin Bujai serta Pegawai Kanan ATM lain telah turut sama berpeluang mengiringi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz dalam sesi lawatan kerja beliau ke Kontinjen MALBAT 850-9, Lubnan bermula 8 Julai lalu.

Turut sama dalam lawatan kerja ini adalah Setiausaha Bahagian Kewangan MINDEF, Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid Hj Arshad TUDM, Presiden PUSPAHANAS, Laksdya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra Syed Abdullah dan AKS J2 MK AB, Brig Jen Dato’ Md Rahim Mohamad. Sepanjang lawatan kerja berkenaan, KSU Kementerian Pertahanan serta delegasi terlibat telah membuat kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia di Beirut, TYT AMB Azri Mat Yacob di samping kunjungan hormat kepada Force Commander Head Of Mission UNIFIL, Mej Jen Aroldo Lazaro Saenz di Markas UNIFIL, Naquora. Kedua-dua kunjungan ini amat penting dalam memperkasakan hubungan pertahanan di samping pengukuhan kerjasama dan menyatakan komitmen Malaysia melalui aturgerak Kontinjen MALBATT 850 di misi UNIFIL ini. Mengambil kesempatan Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai lalu, KSU dan delegasi turut bersama warga MALBATT 850-9 dalam Majlis Ibadah Korban dan Akikah di Kem Marakah yang dianjurkan oleh kontijen berkenaan. Beliau bersama delegasi turut menyumbangkan 32 ekor kambing untuk disembelih dan diagihkan kepada penerima yang layak. Mengambil kesempatan dalam memperkasakan hubungan kemasyarakatan di antara penduduk Lubnan dan Kontinjen Malbatt, dalam lawatan kerja ini, KSU turut melancarkan Projek ????? ???????????? ????????? (TCC) iaitu Sistem Penapis Air (Marakah Water Filter) secara separa percuma untuk kemudahan air bersih bertapis kepada komuniti di Marakah. Beliau juga turut merasmikan Tactical Operation Centre (TOC) di Kem Marakah yang merupakan pusat Perintah dan Kawalan bagi sesebuah Batalion dalam memastikan segala perlaksanaan operasi dan tugas pentadbiran dapat berjalan dengan lancar.

#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Galeri Gambar