WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

SAMARAHAN, 26 Julai 2022 – Melestarikan kata, KAGAT Teras Pemangkin Kerohanian ATM di bawah slogan ‘Berjuang Berakhlak’ maka hari ini, Ketua Pengarah KAGAT, YBhg Mej Jen Haji Mohd Rashidi bin Bujai telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad di pejabatnya di Kem Muara Tuang, Sarawak.

Pertemuan singkat antara dua kepimpinan ini telah dapat menjalin rasa ukhuwah yang erat serta mampu membina jambatan kerjasama yang kuat demi kepentingan dakwah Islamiah buat seluruh warga PMTTD khususnya. Dalam pertemuan itu juga, Ketua Pengarah KAGAT telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMTTD khususnya di atas segala bentuk komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam membantu pihak KAGAT dalam merealisasikan kerja dakwah KAGAT di dalam ATM umumnya. Dalam masa yang sama, YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, PMTTD mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah KAGAT di atas pemakaian pangkat serta perlantikan sebagai KP KAGAT Ke-9 baru-baru ini. Malat PMTTD telah mendoakan agar KP KAGAT dapat meneruskan agenda dakwah dalam ATM khasnya serta membantu perkembangan Islam di dalam Negara ini amnya. Kunjung hormat diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai cindur kenang-kenangan hadir bertamu di bumi kenyalang dan Kem Muara Tuang, Sarawak menjadi saksinya.

#KorAgamaAngkatanTentera
#BerjuangBerakhlak
#KAGATPemangkinKerohanianATM

Galeri Gambar