WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

NEGERI SEMBILAN, 5 Ogos 2022 - Jalinan ukhwah dan kolaborasi antara dua jabatan, merupakan perkara yang perlu disuburkan disamping bertukar pandangan dalam merealisasikan usaha dalam memperkasakan dakwah masa kini.

Hari ini ikatan ukhuwah terjalin dengan adanya Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, kepada Pengarah Institut Aminudin Baki, YBhg Dato' Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus bertempat di Main Campus, Institut Aminudin Baki, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan. Kunjungan hormat ini merupakan jaringan hubungan baik antara KAGAT dan Institut Aminudin Baki di dalam merencanakan program-program kerohanian yang boleh dilaksanakan secara bersama demi memartabatkan Islam dalam mendepani cabaran mendatang. Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Khidmat Profesional, Dr. Haji Abdul Razak bin Manaf dan Pensyarah-Pensyarah Institut Aminudin Baki. Semoga dengan terbinanya hubungan baik ini dapat memberi impak yang positif dalam usaha kerjasama dakwah antara ATM dan agensi awam.

Galeri Gambar