KUANTAN, 18 Ogos 2022 - Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) selaku Teras Pemangkin Kerohanian ATM terus memperkasakan pembangun ????????? di kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan melaksanakan Program Semarak Rohani Kuantan 2022.
Semarak Rohani yang dilaksanakan ini bertujuan memberikan pendidikan kerohanian secara progresif, dinamik serta komprehensif kepada warga tentera, keluarga dan masyarakat awam setempat. Program yang dilaksanakan ini bermula dengan Program Gempur Cepat Baca Al-Quran (CBQ) bertempat di Auditorium Tun Abdul Razak MAWILLA 1, Balok Perdana, Kuantan dan ????? Solat bertempat di Surau Al-Amin Balok Perdana, RKAT TLDM. Seramai 50 peserta CBQ dan 90 peserta ????? Solat yang terdiri daripada anggota pasukan sekitar Kuantan melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan, Darat, Laut dan Udara. Fasilitator program adalah terdiri daripada Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KAGAT. Kemuncak kepada Program Semarak Rohani Kuantan 2022 adalah acara Pentarama Kemerdekaan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersempena bulan kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Ianya berkonsepkan persembahan pentas hiburan Islamik yang telah mengetengahkan isu perjuangan, pengorbanan, dan kemerdekaan bertemakan “Akustika Sebuah Pengorbanan”. Antara pengisian pentarama adalah persembahan Silat oleh Kumpulan Silat Cekak Pahang, alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan Hadis, nasyid, deklamasi sajak dan pengisian rohani oleh penceramah jemputan Ustaz PU Lokman bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan. Majlis telah diserikan dengan kedatangan para tetamu jemputan antaranya adalah Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Perkhidmatan Perbandaran mewakili Datuk Bandar Kuantan, Yang Berbahagia Tuan Hj Sabaznur bin Ismail, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 mewakili Panglima Wilayah Udara 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari bin Wan Busu, Jurutera Daerah Kuantan, Puan Ir. Azlizu binti Baharuddin, Ketua Unit Penaziran dan Pematuhan BPI WAIWP, Mej (K) Hj Muhd Safwan bin Saidin, Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Jabatan Kerajaan.