WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

?????????? ??????????? ??????? ????? ????? : ?????? ???? ??? ????? ??? ??? ????’ ?? ??????? ???? ??? ?????

PORT DICKSON, 26 Ogos 2022 – Hilang lagi sebutir mutiara, begitulah umpamanya bagi seluruh warga Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) apabila terlaksananya Perbarisan Penghargaan buat Ketua Pengarah KAGAT Ke-8 Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi bin Wahab, pada hari ini bertempat di Padang Kawad Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI ATM), Port Dickson, Negeri Sembilan, yang telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman.

Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi bin Wahab telah mula berkhidmat di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1 Ogos 1988. Sepanjang tempoh berkhidmat selama 34 Tahun 1 Bulan 4 Hari, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat (TD) dan ATM dengan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah KAGAT. Beliau akan menamatkan perkhidmatan daripada ATM berkuat kuasa pada 4 September 2022. Datuk Seri TPTD di dalam ucapannya turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi bin Wahab di atas segala sumbangan, jasa dan bakti yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan. Persaraan Pegawai Kanan ini boleh diibaratkan sebagai kehilangan permata berharga buat TD amnya dan KAGAT khasnya. Sejurus tamat perbarisan, TPTD kemudiannya diiringi ke Dewan Tan Sri Hamid, ILMI bagi menikmati jamuan dan menonton tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi bin Wahab. Simbolik acara diakhiri dengan ?????? ?????? dimana Pegawai Kanan ini diarak menaiki kenderaan istiadat yang ditarik oleh warga KAGAT. Turut hadir, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai dan Pegawai Kanan KAGAT. Justeru, Tentera Darat dan KAGAT mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada Mej Jen Dato’ Hj Muhamad Azmi bin Wahab.

Galeri Gambar