WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 9 September 2022 – Seiring Kalam Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat kedua yang bermaksud, “…Dan hendaklah kamu bertolong bantu dalam membuat kebajikan dan ketaqwaan serta janganlah pula kamu bertolong bantu untuk perkara berdosa dan permusuhan”.

Angkatan Tentera Malaysia telah mempereratkan hubungan kolaborasi sedia ada dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) setelah terlaksananya Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Asnaf di kalangan warga ATM bertempat di Dewan Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Khalid bin Al-Walid, KEMENTAH (MKWK). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan menyerahkan komputer riba sebanyak 175 buah kepada mahasiswa/i yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS bagi sesi 2021/2022 dari kalangan anak-anak warga ATM. Komputer riba ini telah disumbangkan oleh pihak MAIWP sebanyak RM 350,000.00 dan RM 150,000.00 bagi tujuan pelaksanaan Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) ATM tahun 2022. Simbolik penyerahan ???? ?????? telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP kepada PAT dengan jumlah keseluruhan RM 500,000.00. Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi MAIWP, YBhg Tan Sri Dr Mohd Daud bin Bakar dan kemudiannya disusuli ucapan balas dari PAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Dalam ucapannya, PAT telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP di atas sumbangan komputer riba dan juga kewangan dalam membantu pihak ATM dalam memperkasakan program-program keagamaan. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mej Jen Hj Rashidi bin Bujai selaku Ketua Pengarah KAGAT yang menggerakkan inisiatif untuk berkolaborasi dengan pihak MAIWP. Perkara itu bertepatan dengan slogan yang sering diwar-warkan KAGAT Teras Pemangkin Kerohanian ATM, malah PAT amat berbangga kerana usaha kolaborasi sebegini mampu membantu menjayakan pelan strategik MINDEF 2021-2025, Teras Kebajikan. Turut hadir dalam majlis ini adalah wakil-wakil Panglima Perkhidmatan, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi, YBhg En. Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Delegasi Rombongan MAIWP dan para penerima sumbangan komputer riba.

Galeri Gambar