KUALA LUMPUR, 8 November 2022 – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) hari ini telah menerima Kunjungan Hormat oleh Chaplain Australia kepada Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai bertempat di pejabat beliau.
Kunjungan hormat ini adalah merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh tentera Australia menerusi Program INDO-PASIFIC ENDEAVOUR 2022 (IPE 22) ????? ?? ???????? ??????? ?????????? ??????? ????? (???) – ???????? ???? ?????. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Kolonel Brandon Wood, Chaplain Imam Mogamat Majidih Essa dan Chaplain Tom Killingbeck. Ketibaan Chaplain tersebut telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT dan dibawa ke Pejabat Ketua Pengarah KAGAT bagi sesi Kunjungan Hormat seterusnya menandatangani buku lawatan dan acara bergambar, kemudian di bawa ke Bilik Mesyuarat Jabatan Arah KAGAT bagi melihat tayangan Video Korporat KAGAT, sesi perbincangan dan perkongsian maklumat, jamuan dan penyampaian momento Ketua Pengarah KAGAT kepada deligasi sebagai tanda kenangan. Deligasi juga dibawa ke Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK) untuk melihat Pusat Kaunseling Islam Al-Ghazali (PKIA) MKWK bagi melihat sendiri bagaimana pengurusan Kaunseling yang dikendalikan oleh pihak KAGAT serta bertukar pandangan dan pendapat demi kebaikan bersama. Turut hadir di dalam acara ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan SMR.