WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 11 November 2022 – Pada petang ini, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Jabatan Arah KAGAT yang berlangsung di Di Dewan Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK).

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Jabatan Arah KAGAT ini melibatkan Ketua Pembangunan Sumber Manusia di antara Kol Zulkifli bin Hj Mustafa kepada Lt Kol Ahmad Zubir bin Nawawi, Ketua Tadbir dan Logistik di antara Lt Kol Ismail bin Wahab kepada Lt Kol Nasaruddin bin Abd Wahab, Ketua Perancangan dan Pembangunan, di antara Lt Kol Nizar Zahrin bin Zakaria kepada Lt Kol Dr Mohd Mazli bin Mohd Aini dan Ketua Ahwal Syakhsiah di antara Lt Kol Dr Mazli bin Mohd Aini kepada Lt Kol Nizar Zahrin bin Zakaria. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan Musa'adah kepada Pegawai, anggota dan staf awam. Majlis diakhiri dengan doa selamat dan jamuan kesyukuran secara ??????? di mana meraikan Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat serta merupakan aktiviti bulanan yang dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara Pengurusan Atasan dengan staf Jabatan Arah KAGAT termasuk perkhidmatan. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT, Pegawai-Pegawai, SMR, dan Staf Jabatan Arah KAGAT.

Galeri Gambar