KUALA LUMPUR, 30 November 2022 - Asisten Ketua Staf Perkhidamatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Mohamed Fauzi bin Kamis, hari ini telah mengadakan Lawatan Ulung ke Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Lawatan Ulung tersebut adalah bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota yang baharu berkuatkuasa 27 Oktober 2022 yang lalu. Ketibaan Yang Berbahagia AKSPA disambut oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Pegawai-Pegawai Kanan dan SMR. Yang Berbahagia AKSPA seterusnya diperkenalkan oleh Ketua Pengarah KAGAT kepada Ketua-Ketua Sel di Jabatan Arah KAGAT dan dibawa ke Pejabat Ketua Pengarah KAGAT bagi sesi kunjungan hormat dan menandatangani buku lawatan. Seterusnya Yang Berbahagia AKSPA dibawa ke Bilik Mesyuarat Jabatan Arah KAGAT bagi menyaksikan tayangan video korporat KAGAT dan mendengar sesi taklimat mengenai fungsi dan tanggungjawab Jabatan Arah KAGAT yang telah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan dan Dasar KAGAT, Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi. Lawatan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan lawatan ke sel-sel yang terdapat di Jabatan Arah KAGAT. Lawatan seperti ini adalah seiring dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Keutuhan Organisasi". Semoga lawatan ini juga dapat memberi gambaran yang jelas kepada Yang Berbahagia AKSPA tentang fungsi dan peranan KAGAT dan amanat yang disampaikan oleh pucuk pimpinan ATM dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dari semua pihak. Turut bersama di dalam lawatan ini, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Hj Ahmad bin Yusof TUDM dan delegasi rombongan.