PEKAN, 8 Disember 2022 – Tinta sejarah kembali terukir dalam lipatan kegemilangan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) apabila Ketua Pengarah KAGAT Ke-9 telah diperkenankan untuk menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato’ dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 KDYMM Sultan Pahang bertempat di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang hari ini.
Anugerah yang diterima oleh Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai ini, bagaikan mensusuri jalur kecemerlangan yang telah dilalui oleh mantan-mantan Ketua Pengarah KAGAT yang terdahulu dan ianya merupakan suatu tanda pengiktirafan institusi Diraja bukan sekadar kepada susuk tubuh peribadinya semata-mata namun ianya menjadi bukti perakuan masyarakat kepada Kor Agama Angkatan Tentera dalam membawa agenda keagamaan dan kerohanian khususnya dalam entiti ATM. Dalam kata-kata ringkasnya sejurus menerima anugerah tersebut, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai menjunjung kasih atas kurniaan kepada KDYMM Sultan Pahang dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan ATM dan Tentera Darat khususnya diatas sokongan dan kepercayaan sehingga beliau mendapat anugerah yang cukup berharga dan bersejarah pada hari ini. Dalam masa yang sama, YBhg Dato’ Ketua Pengarah KAGAT mengembalikan semula segala ucapan tahniah kepada seluruh warga KAGAT kerana penganugerahan ini adalah hasil berkat doa, dukungan serta sokongan dari setiap lapisan pegawai dan staf yang menterjemah dan melestarikan kata-kata “????? ????? ????????? ?????????? ???”. Seluruh warga KAGAT mendoakan agar Yang Berbahagia Dato' terus diberi kekuatan dan kesejahteraan dalam memimpin bahtera Da’ie Askari Da’ie Rabbani. Malah diharapkan juga semoga dengan penanugerahan ini akan terus memancarkan sinar kecemerlangan dan kegemilangan KAGAT di masa hadapan.