WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

PUTRAJAYA, 11 Disember 2022 - Berbetulan dengan kata-kata itu, maka hari ini telah terlaksana Program Mahabbah Ulama dan Asatizah Bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, di Putrajaya. Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai petang ini telah turut sama menghadiri program tersebut atas kapasiti Ketua Pengarah KAGAT dan dalam masa yang sama mewakili para asatizah KAGAT yang turut berperanan dalam memperkasakan dakwah Islamiah di seluruh negara.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyantuni para Ulama' dan Asatizah dan ianya merupakan program julung kali diadakan setelah mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Mengulas sedikit ucapan YAB Perdana Menteri, beliau telah memberi penekanan terhadap peranan ulama dan asatizah iaitu untuk mendidik, berdakwah dan memberi kesedaran serta mempertahankan tradisi keilmuan serta mempertahankan sikap kesederhanaan selain tidak mudah memberikan hukuman serta merendahkan darjat seseorang dan fitnah. Di akhir ucapan, Dato Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan kesediaan dan komitmen untuk menjadikan Seri Perdana sebagai tuan rumah bagi siri majlis-majlis ilmu secara berkala supaya Sri Perdana tidak lagi dikenali hanya sebagai Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Semoga golongan para Ulama' dan Asatizah berfungsi sebagai agamawan yang terus menerus melakukan proses at-Taghyir dan al-Islah melalui medium serta instrumen sedia ada.

Galeri Gambar