WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 - Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari bertempat di pejabat beliau pada hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah sempena pelantikan dan mengambil alih tugas beliau sebagai Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu disamping memberi taklimat dan perbincangan program-program kerohanian yang akan dilaksanakan kepada YB Timbalan Menteri Pertahanan. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada warga kementerian pertahanan dan ATM dalam usaha memperkasakan agenda kerohanian.

Galeri Gambar