WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2023 - Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera KAGAT (KAGAT) menerusi Sel Inspektorat telah menganjurkan Program Retreat KAGAT bagi Tahun 2023 bermula 15 hingga 17 Februari 2023 bertempat di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur.

Program Retreat KAGAT ini terdiri daripada Pegawai Kanan KAGAT melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan, Darat, Laut dan Udara. Program ini telah diisi dengan slot-slot pembentangan oleh pegawai yang telah ditentukan dan penceramah jemputan Dr Roslan Jelani. Ianya merupakan acara dwi tahunan yang merupakan aktiviti ke arah mencapai proses semak dan imbang aspek pengoperasian dan perkhidmatan kerohanian KAGAT. Antara objektif yang ingin dicapai adalah menilai dan mengkaji semula secara bersasar terhadap pembangunan dan halatuju Kor sesuai dengan cabaran masa hadapan, menggalakkan proses percambahan fikiran dan pandangan dari setiap peserta untuk perkembangan dan kemajuan Kor untuk masa hadapan serta menjana pemikiran Da'ie Murabbi yang profesional dalam kalangan pegawai dalam menghadapi kekangan dakwah yang lebih kompleks dan bersifat global. Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai juga telah menyampaikan amatnya menerusi Ucaptama Hala Tuju KAGAT 2023 pada 15 Februari 2023. Di dalam ucapannya, mengingatkan kepada yang hadir agar terus melaksanakan apa jua bentuk inisiatif yang baharu, perubahan mindset untuk berubah dari pendekatan yang lama ke norma yang baharu dan penggunaan teknologi tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada warga ATM serta berfikiran di luar kotak bagi menangani isu dan cabaran melalui pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif. Anggaplah cabaran yang kita lalui ini merupakan satu ibadah, segala amanah dan tanggungjawab dipikul dengan sebaik mungkin, dan hasilnya dapat memberi manfaat kepada semua. Turut sama di dalam program ini, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed dan Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT.

 Galeri Gambar