WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar hari ini. Kunjungan hormat tersebut berlangsung di Aras 11, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kunjungan hormat ini adalah sempena pelantikan dan mengambil alih tugas beliau sebagai Menteri Agama yang baharu disamping mengeratkan lagi kerjasama di antara KAGAT dan agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beberapa perkara telah dibincangkan bersama bagi memperkukuh kerjasama strategik yang telah terjalin sebebum ini. Turut bersama dalam kunjungan hormat ini Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Kol Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, Ketua Kemajuan Ahwal Syakhsiah, Lt Kol Nizar Zahrin bin Zakaria dan Pegawai Tugas-Tugas Khas, Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab Halim.

Galeri Gambar