KUALA LUMPUR, 12 Januari 2024 - Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Datin Rahmah binti Ghazali memulakan aktiviti tahun baharu 2024 dengan mengadakan sesi ziarah kepada 2 ahli BAKAT KAGAT pada hari ini.
Ziarah ini bertujuan untuk menyantuni ahli BAKAT KAGAT yang mendapat anugerah zuriat tercinta dari kurniaan Ilahi baru-baru ini. Di samping itu, aktiviti ziarah ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi di kalangan ahli BAKAT KAGAT yang menjadi tunjang dan keutamaan kepada Pengerusi BAKAT KAGAT. Dalam kesempatan aktiviti ziarah ini, Pengerusi BAKAT KAGAT telah menyampaikan cenderahati kepada ahli BAKAT KAGAT yang terlibat iaitu Puan Siti Zuraidah binti Zulkifli dan Puan Nur Syafinaz binti Azharuddin. Semoga dengan ziarah yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi di antara ahli-ahli BAKAT KAGAT yang sentiasa setia berinspirasi dengan tugasan suami sebagai warga KAGAT. Turut bersama-sama dalam lawatan ini adalah Pegawai BAKAT KAGAT dan HELWA KAGAT.