WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2024 - Menunaikan perintah Ilahi, menyempurnakan amanah manusiawi itulah yang terzahir dalam acara ringkas di Majlis Penyampaian Zakat kepada Tabung Zakat ATM di Bilik Rehat, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) hari ini.

Simbolik Penyerahan Mock Cheque oleh Koperasi Tentera berjumlah RM 150,000.00 kepada Tabung Zakat ATM telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Tentera, Mej Jen Roba'i bin Rahmat kepada Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar merangkap Pengerusi Tabung Zakat ATM. Turut bersama dalam majlis ini, Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Encik Mohamad Khairul Anuar bin Mohamed, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai dari Koperasi Tentera. Semoga dengan penyampaian zakat ini memberi manfaat kepada seluruh warga ATM sama ada secara individu melalui kriteria asnaf yang tersenarai dan juga dari pelaksanaan aktiviti keagamaan serta kerohanian ATM.

dslr klik