WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 – Menyantuni budi buat yang pernah berbakti jua meraikan jaya buat mereka yang cemerlang, begitulah yang terzahir dalam Majlis Meraikan Bakal Pesara KAGAT dan Peserta Pertandingan Maksak Islamic Carnival (MIC) bertempat di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai telah berbesar hati untuk meraikan sendiri dua kelompok warga KAGAT iaitu yang pertamanya adalah mereka yang akan meninggalkan perkhidmatan KAGAT dan juga ATM setelah sekian lama menabur budi dan bakti yang sungguh tidak terperi jasa mereka. Sudah pasti persaraan mereka akan menjadi suatu kehilangan besar bagi rumpun Da’ie Askari dan mereka terdiri dari 3 Pegawai Kanan dan 20 orang yang akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2023 ini. Di dalam ucapan di majlis itu, Ketua Pengarah telah mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas khidmat cemerlang mereka semua semasa berkhidmat dan setia menjulang slogan ‘Berjuang Berakhlak’ yang menjadi motto dan nadi buat kor tercinta ini. Beliau juga menitipkan amanat, nasihat dan saranan terus istiqamah menjadi orang agama dan terus membawa nama baik KAGAT walaupun sudah menamatkan perkhidmatan. Didoakan agar kejayaan yang berterusan di alam persaraan nanti. Di majlis yang sama, Ketua Pengarah KAGAT juga amat teruja untuk turut meraikan para peserta MAKSAK Islamic Carnival (MIC) telah dilaksanakan pada 27 November hingga 3 Disember 2023 bertempat Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, SUK Selangor Darul Ehsan. MIC merupakan suatu pertandingan yang melibatkan beberapa kategori seperti Kategori Tilawah Al-Quran, Kategori Daie Kategori Nasyid Kontemporari dan lain - lain. KAGAT yang mewakili pihak ATM ke pertandingan itu telah merangkul sebagai Johan dalam kategori Daie dan juga kategori Nasyid kontemporari. Sesungguhnya jaya yang cemerlang ini telah menjual nama KAGAT dengan suatu harga yang cukup tinggi dan berprestij.Justeru itu Ketua Pengarah telah bermurah hati memberi saguhati dan sumbangan kepada peserta serta mengucapkan tahniah dan syabas kerana melonjakkan nama KAGAT di persada negara. Kejayaan ini telah menzahirkan realiti bahawa KAGAT mempuyai daya saing yang tinggi dan mampu melakar kemenangan dan kecemerlangan yang lebih luar biasa di masa hadapan. Bagi para peserta yang tidak mendapat tempat teratas, tahniah dan syabas juga diucapkan di atas kesungguhan dan ketrampilan yang dipamirkan. Sebagaimana kata Ketua Pengarah, “Kalian semua hebat namun ada kemenangan yang ditangguhkan”, teruskan usaha semoga kejayaan menjadi milik kor yang dikasihi ini. Majlis hari ini diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Kerohanian, Markas Pemerintahan Latihan & Doktrin Tentera Darat (MPLDTD), Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Pegawai - Pegawai Kanan KAGAT dan para jemputan.

dslr klik