WebLogo


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian


maklumbalas    hubungi kami    soalan lazim    peta laman    carian

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 – "Kor hari ini kehilangan mereka yang banyak berjasa dan menabur bakti memberi perkhidmatan keagamaan kepada warga ATM...

" ujar Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai dalam sesi Perjumpaan dan Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Pesara Anggota Lain-Lain Pangkat Kor Agama Angkatan Tentera (LLP KAGAT) yang dilaksanakan bertempat di pejabat Ketua Pengarah KAGAT.Mereka yang akan bersara adalah PW I Mohd Nazarin bin Mohd Desa dari Markas 1 Divisyen, PW II Mohd Kamil bin Ab Aziz dari 8 Kompeni Angkut (KPD), PW II Mohamad Sofiyudin bin Ayob dari B Kompeni Batalion 2 Ubat dan PW II Musayhidi bin Musa dari 2 Rejimen Semboyan Diraja. Turut bersama dalam majlis ini, Ketua Pengurusan Sumber Manusia, Lt Kol Ahmad Zubir bin Zawawi dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR), PW I Mohd Fikri bin Hj Ramli. Seluruh warga KAGAT turut sama mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan semoga mereka yang bakal bersara terus cemerlang dalam menempuh kehidupan di alam persaraan nanti.

Galeri Gambar