KUALA LUMPUR, 24 Januari 2024 - Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mej Jen Dato' Haji Mohd Rashidi bin Bujai telah melakukan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Etiqa Family Takaful Berhad, Yang Berbahagia Encik Zafri bin Ab Halim bertempat di Aras 20, Menara B, Dataran Maybank.
Pertemuan ini merupakan usaha daripada Kepimpinan tertinggi KAGAT untuk mempertingkatkan lagi kolaborasi dan kerjasama strategik badan-badan bukan kerajaan (NGOs). Pertemuan pertama ini lebih menjurus kepada perbincangan dua hala mengenai perancangan bersama dalam usaha Etiqa Takaful melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat atau 𝘊𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘚𝘰𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘪𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 (CSR) bersama KAGAT khasnya dan ATM amnya. Program ini telah diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua belah pihak.Turut hadir sama dalam Kunjungan Hormat tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Dato' Ab Jabar bin Mohamad Aris dan Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syaksiah, Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini manakala dari Etiqa Takaful adalah Ketua Pusat Kecemerlangan Syariah, En Mohamad Noor Sahidi bin Johari.